Tanda Tanda Orang Hamil



Bagaimana Mengenali Ciri Ciri Orang Hamil Ini 27 Tanda

23+ Tanda Tanda Mengandung! Ini Panduan Yang Tepat.

Hairan tak, macam mana mak kita boleh tahu lebih awal yang kita dah mengandung?

Sumber artikel ini diambil dari jurnal yang diterbitkan di NCBI & perkongsian page Ibu Bijak Keluarga Sihat.

  1. Mengetahui 23 tanda kehamilan yang sering kita abaikan.
  2. Memilih jenama susu formula & cara memilih susu terbaik untuk ibu mengandung.
  3. Perbandingan harga jenama susu ibu mengandung anmum, susu dutch lady (frisomum gold), susu karihome, susu enfamama & banyak lagi susu formula terbaik untuk bayi dalam rahim & ibunya yang berbadan dua.
Kalau  anda malas nak baca artikel yang panjang ni, klik video youtube di bawah ni. Lagi senang!

Adakah kita telah hamil? Cari tanda-tanda mengandung di bawah ini untuk kepastian.

Payudara kita boleh memberitahu lebih awal  yang kita dah berjaya hamil.

Seawal 2 minggu selepas persenyawaan berlaku perubahan hormon dalam badan kita dan hormon ini boleh membuat payudara lebih lembut, rasa nyeri atau sakit. Perubahan lain pada payudara kita ialah terasa lebih padat & berat.

Selesai tanda pertama.

Mahukan anak dalam kandungan kita bijak?

Lihat senarai susu ibu mengandung paling bagus untuk perkembangan bayi dalam rahim. Sekarang kita lihat pula tanda kedua. Kalau puan sudah ada anak sebelum ni, boleh lihat perubahan sikap mereka. Anak lebih mengada ngada.

Entah kenapa mereka lebih "mengada ngada" dengan mak ayah. Macam ada deria ke enam je nak detect adik baru. 2-3 minggu sebelum sah hamil, perangai dah berubah lain. Hihi..

Kadang kadang tu sampai tak nak makan. Risau betul. Bawa jalan jalan pun masih mengada ngada. (Baca lebih lanjut tentang Homestay Melaka.)

Patutlah bulan ni lewat period! Selalu ontime je datang haid. Dah mengandung rupanya, Alhamdulillah. 
Selepas proses penempelan selesai, badan ibu akan mula menghasilkan gonadotropin chorionic manusia (hCG).
Hormon ini membantu badan terus hamil & memberitahu ovari untuk berhenti melepaskan ovum setiap bulan sepanjang kehamilan & menyebabkan haid kita lewat.
Macam mana nak kesan tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur? Tak susah pun rupanya. Baca panduan ini.
Bagi wanita yang ada haid tak teratur, buat ujian kehamilan (UPT). Ujian ini boleh mengesan hormon hCG seawal 8 hari selepas haid tidak datang. Inilah antara tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur. Bolehlah minum susu untuk ibu mengandung walaupun belum confirm pregnant. Ataupun makan minyak ikan shaklee & minum susu anmum untuk bayi & ibunya sekali untuk bekalan vitamin ibu mengandung yang cukup. Makan kena jaga semasa merancang kehamilan.

Tips sekiranya haid tidak datang!

  • Buat ujian kehamilan untuk mengesahkan kita hamil.
  • Jika ujian positif, temui doktor untuk temujanji pranatal kita yang pertama.
  • Andai kita mengambil ubat, minta pendapat doktor tentang risiko ubat tersebut kepada bayi dalam rahim
Terasa teringin sangat nak makan asam dan jeruk sebab mual dan loya kan? Ramai ibu mengandung mengalami loya kerana alahan hamil. Boleh dikatakan 3 dari 4 ibu mengandung berasa loya terutama sekali di awal pagi.

"Morning sickness" dan pening memang selalu menyerang ibu mengandung pada trimester pertama.

Ibu perlu banyak minum air kerana badan akan kurang air dan selera makan mesti hilang punya. Deria bau pun jadi sensitif. Perut terasa lapar, tapi nak makan tak boleh. Ok, Tanda seterusnya ialah Rasa teringin nak makan sesuatu yang sangat teruk. Itulah mengidam. Tapi, kalau badan kekurangan nutrien tertentu pun akan mengidam juga. Walaupun kita tak hamil. Jangan tak tahu ada masa orang lelaki pun boleh mengidam bagi pihak isterinya.

Walaupun sebelum tu memang kita tak minat pun makanan tu. Antara perkara pelik yang Ibu sendiri penah lihat, mengidam makan kopi, nak kunyah beras mentah dan sebagainya. Memang agak pelik jenis makanan untuk ibu mengandung yang diminta.

Kenapa ibu mengandung akan kerana kencing? Dari rujukan, ada kaitan dengan perubahan hormon dalam badan. Dan semasa mengandung, badan kita memerlukan lebih banyak darah untuk ibu & bayi.
Jadi lebih banyak darah ada dalam badan. Semua darah ini akan melalui buah pinggang untuk ditapis. Sebab itu kita asyik rasa nak kencing lebih kerap dari biasa. Letih & lesu salah satu tanda tanda mengandung. Semasa kita baru mengandung, tahap hormon progesteron melambung tinggi.
Dos progesteron yang tinggi ini boleh menyebabkan kita sentiasa mengantuk & letih dan ini diburukkan lagi sekiranya
  • Paras gula darah yang rendah
  • Tekanan darah yang lebih rendah 
  • Badan menghasilkan lebih banyak darah baru
  • Kesan dari semua diatas.
Jagalah pemakanan dari awal supaya tidak terkena kencing manis semasa hamil.

Tips & petua mengurangkan penat & letih semasa mengandung

  • Berusaha untuk mendapatkan tidur yang cukup.
  • Minum air kosong yang cukup. Dehidrasi boleh biatkan kita penat
  • Pastikan bilik kita selesa & tidak panas. Suhu badan yang tinggi semasa peringkat awal kehamilan boleh membuatkan kita penat.
  • Ambil makanan yang kaya vitamin B kawal mood & lebih bertenaga.
  • Dapatkan bekalan zat besi yang cukup dari makanan. Elakkan Anemia.
  • Nikmati makanan berprotein & berserat untuk pembebasan gula lebih sekata. Pantang makanan yang manis & tinggi kalori
Selamat mencuba tips untuk kurangkan letih ni. Kenapa berlaku pendarahan? Kira kira 10 hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku, embrio akan tertanam pada lapisan rahim.
Ini boleh menyebabkan pendarahan disebabkan implantasi. Boleh jadi kita sangka, ini period.

Tanda-tanda pendarahan disebabkan implantasi ialah:

  • Warna darah antara merah jambu, merah, atau coklat.
  • Pendarahan hanya dikesan apabila di lap.
  • Rasa sakit boleh jadi ringan, sederhana atau teruk. 
  • Pendarahan mungkin berlaku kurang dari 3 hari.
  • Elakkan merokok, minum alkohol, atau menggunakan dadah haram, yang berkaitan dengan pendarahan berat.
Ada juga ibu hamil yang mengalami kekejangan abdomen diawal kehamilan. Kekejangan ini sama dengan kekejangan haid. Selain itu jaga kebersihan faraj untuk elakkan jangkitan kuman.

Kalau dah ada pendarahan tu baik hati hati, jangan angkat benda berat. Nanti gugur atau bersalin awal. Bagi ibu yang bersalin, jangan lupa mandi wiladah, walaupun anda keguguran mesti mandi wiladah untuk mensucikan diri dari darah nifas. Rakan blogger ibu ada ulas dengan baik, rujuk post dari Sis Hawa ni.

Kenapa jadi sebelit ek, sebelum tu ok je. Ini semua penyesuaian badan untuk menyediakan setting optimum untuk mengandung.
Hormon progesterone bukan saja menyediakan rahim untuk menjadi lebih kaya dengan pembuluh darah, malah mengendurkan dinding usus besar supaya lebih banyak zat dapat diserap dari makanan yang diambil ibu. Jadi, air dan zat dari makanan akan diserap sehabisnya, meyebabkan kesukaran membuang. Ini memang berita kurang baik untuk suami. Antara tanda awal yang en suami boleh kesan ialah, isteri cepat marah dan merajuk.
Masa period pun macam ni juge tapi moody masa hamil ni teruk sikit.Ada kes tu, sampai bergaduh suami isteri sebab hubby tak paham kenapa isterinya moody atas perkara kecil. Orang yang biasanya tenang pun boleh jadi segarang harimau. Kaki dan bahagian abdomen akan terasa kejang secara tiba tiba. Sebelum ni tak pun.
Kenapa kekejangan berlaku? Badan sedang menyediakan rahim ruang untuk membesar bagi proses kehamilan. Kemungkinan badan anda kurang kalsium pun ada. Jadi cukupkan keperluan kalsium ya. Minum banyak susu. Antara cara paling mudah dan selamat, gunakan Urine Pregnancy Test. Sekiranya terdapat 2 garisan yang kelihatan, insyaallah anda mengandung. Nak lebih pasti lagi, jumpa doctor dan buat ujian ultrasound . Insyaallah boleh Nampak kantung baby mula terbentuk daam rahim. Doktor akan kira anggaran usia baby dari saiz kantung, dan tarikh anggaran kelahiran dari pada hari pertama anda period bulan lepas. Ini juga boleh menjadi 1 tanda awal mengandung. Ini ialah suhu mulut kita apabila bangun di waktu pagi.
Suhu ini bertambah sedikit sejurus selepas ovulasi (persenyawaan) dan kenaikan suhu ini bagus untuk wanita yang ada masalah haid tak teratur. Dari suhu ini boleh tahu waktu subur kita dan melalui suhu ini juga kita boleh tahu sama ada dah mengandung atau tidak. Suhu yang naik berterusan selama lebih dari 2 minggu mungkin menunjukkan kita dah hamil. Cara  terbaik untuk wanita dengan kitaran haid tidak teratur. Badan ibu mengandung akan mengalami banyak perubahan semasa mengandung. Antara penyebab utamanya ialah kerana hormon kehamilan.
Hormon ini juga akan mengubah sistem penghadaman kita menjadi lebih perlahan. Kesannya?. Kesan baik ialah badan kita akan menyerap nutrien dari makanan & air dengan lebih baik. Tapi, kalau kita kurang minum air & makan makanan berserat mudah untuk kena sembelit & masalah penghadaman yang lain. Ibu mengandung akan mempunyai pengalaman berbeza untuk setiap anak. Antara masalah perut yang dialami disebabkan mengandung ialah
  • Perut kembung & masuk angin
  • Terasa senak
  • Sembelit
  • Gastrik (Terutama kalau ada alahan mengandung yang teruk)
  • Selalu kentut
  • Kerap sendawa
Ada banyak punca kita hilang selera makan semasa mengandung
Kredit gambar: Ibu hamil
Antaranya sebab
  • Alahan mengandung (loya & muntah di awal pagi)
  • Kita kurang makan makanan yang mengandungi vitamin merangsang selera seperti vitamin b
  • Deria bau kita jadi terlalu sensitif. Makanan yang biasa kita suka kini berbau aneh
  • Tak ada mood nak makan (Perubahan hormon)
Biasanya, pada trimester 1 ramai ibu kurang selera makan sebab alahan hamil. 17 dari 20 ibu hamil alah terhadap beberapa jenis makanan dalam 3 bulan pertama kehamilan dan selera ini akan beransur datang selepas masuk trimester ke 2. Tapi, ada ibu yang tetap tak ada selera sehingga bayi lahir. Masih lagi di sebabkan hormon. Ibu yang baru mengandung mudah diserang sakit kepala.
Sakit kepala kerap berlaku kerana hormon estrogen & progesteron yang dihasilkan badan ibu untuk menyokong perkembangan bayi dalam rahim.

Boleh jadi juga, sakit kepada disebabkan tahap gula darah yang dalam badan.

Ini akan menyebabkan sakit kepala kerana sel otak tidak mendapat gula yang mencukupi untuk tenaga. .Yang ini kena dapatkan bantuan dari doktor & perlu ambil makanan tambahan untuk ibu mengandung. Berlawanan dengan tanda awal mengandung tadi, ada wanita yang mengalami pertambahan selera makan. Dari bukan seorang kaki makan, kepada pencinta makanan. Memang bertambah tambah nasi di pinggan. Alhamdulillah atas nikmat makanan kan. Tapi, harus beringat ya. Trimester pertama kehamilan, jaga makan. Jangan sampai kena minum air gula sebab berat badan naik mendadak. Doktor suspek kena kencing manis. Bahaya kalau tak di kawal. Sekiranya tiba tiba kita jadi sensitif terhadap bau busuk hingga rasa loya, boleh jadi kita dah hamil.
Ini bukan salah suami kita ya. Tiba tiba rumah jadi busuk. Tapi sebenarnya kehamilan telah meningkatkan deria bau kita! Kesannya, bau yang sebelum ini tidak pernah mengganggu kita boleh jadi tak tertanggung busuknya. Sampai muntah muntah. Antara perubahan yang paling ketara ialah bau makanan. Makanan yang dulu sedap kini nak cium bau pun tak lalu Badan kita Allah jadikan sangat hebat. Sekiranya kita mengandung, badan kita akan mengalami perubahan. Bayi di dalam rahim yang baru terbentuk akan menyebabkan sistem keimunan ibu kurang kesannya. Sistem imun si ibu akan dicegah daripada menyerang & menolak janin disebabkan oleh hormon & antibodi yang dihasilkan oleh janin. Antibodi badan juga terlibat dalam pertumbuhan dan perkembangan plasenta. Akibat perubahan hormon ini kepada sistem imun, ibu lebih mudah mendapat demam & selesema. Hidung kita mudah tersumbat. Sebab itu ibu baru mengandung selalu demam.
Patutlah jerawat banyak naik kebelakangan ni! Kan jerawat tanda hamil. Bila kita pregnant, berlaku perubahan hormon dalam badan.
Ada orang ni, kulit memang jenis susah naik jerawat.
Tapi, tiba tiba jerawat naik dengan banyak. Ini boleh jadi tanda awal mengandung. Sebab perubahan hormon. Cuma biasanya masalah ni tak lama. Lepas hormon stabil, jerawat pun hilang. Tapi jangan seronok seronok tekan jerawat ya. Nanti meninggalkan bekas jeragat dan boleh juga menyebabkan jerawat merebak Kenaikan hormon dalam darah kita boleh mengubah selera kita. Ada ibu hamil yang rasa kelat seperti rasa logam dalam mulut kita.
Dan ini mengubah rasa makanan yang biasanya menjadi kegemaran kita. Sesetengah ibu hamil tidak akan lalu daging & ada pula yang muntah semasa menggosok gigi kerana tidak tahan rasa ubat gigi. Selalu kita dengar kisah ibu hamil makan benda bukan bukan. Ada yang makan arang. Ada makan beras. Keadaan ini orang putih panggil pica.Orang kita kata mengidam. Boleh jadi kita kekurangan zink & zat besi semasa mengandung. Sebab itu ada rasa mengidam yang aneh aneh. Sebenarnya, tak ada bukti jelas mengapa wanita mengandung mengidam. Antara teori yang diterima ramai ialah badan kita inginkan vitamin dan mineral yang kurang dari diet makanan diambil semasa hamil. Antara cara moden untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengambil vitamin kehamilan seperti set mengandung shaklee. Tanda mengandung susah untuk perasan. Perubahan warna berlaku kerana berlaku peningkatan aliran darah yang di kawasan pelvis, warna faraj akan kelihatan lebih gelap dari biasa. Selepas kita disahkan hamil,  kira kira minggu ke 8 atau 10 kehamilan jantung kita akan mula mengepam darah lebih cepat &  kuat. Selesai sudah kita kongsikan tanda mengandung. Adakah puan mengalami tanda diatas? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Penting ke untuk tahu yang kita dah mengandung? Penting. Terutama kalau kita dah lama menunggu nak dapat anak. Kalau kita tak perasan, mungkin boleh menyebabkan keguguran. Kan sedih tu! Ibu nak ingatkan awal awal. Tanda awal mengandung tak sama untuk setiap individu. Mari kita lihat apakah tanda berbadan 2 yang boleh dipercayai.
Terima kasih kerana membaca sampai habis ya. Ini rahsia mak dan nenek kita tahu nak dapat cucu baru!

Penulis / Editor: Ibu Zaid

Seorang ibu yang sangat suka membaca sebagai bekalan untuk membesarkan 2 orang anak lelakinya. Gemar berkongsi info keibubapaan & pemakanan anak anak seperti susu formula & tempat menarik di Malaysia untuk percutian keluarga yang indah.  Beliau merupakan penyumbang tetap di page Facebook Ibu Bijak Keluarga Sihat & aktif menulis di blog Ibusyurga.blogspot.com. Telah mengarang lebih 300 artikel berkualiti sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam penulisan blog. Beliau boleh dihubungi di alamat emel ummbaraqah@gmail.com

Gallery Tanda Tanda Orang Hamil

Ketahui Tanda Tanda Akan Melahirkan Bagi Ibu Hamil

Tanda Tanda Orang Hamil Yang Mudah Diketahui Masandy Com

Ciri Ciri Perut Orang Hamil 1 Minggu By Mahmud Susilo Issuu

Tanda Bahaya Kehamilan Yang Patut Diwaspadai

Ciri Ciri Orang Hamil Gejala Awal Tanda Kehamilan Wanita

Bagaimana Ciri Ciri Orang Hamil Ini Dia 10 Gejala Utamanya

Tanda Hamil Atau Haid Sebentar Lagi Begini 10 Cara

Tanda Hamil Atau Haid Sebentar Lagi Begini 10 Cara

6 Perbedaan Nyeri Payudara Saat Hamil Dan Menstruasi

Gejala Tanda Tanda Awal Kehamilan U2 Green

Ciri Ciri Orang Hamil Umur 1 Minggu Inilah Tanda Tanda Pastinya

Tanda Tanda Orang Hamil 3 Hari 16 Tanda Anda Perlu Tahu

14 Ciri Ciri Hamil 1 Bulan Yang Sering Tidak Disadari

Kondisi Ini Dipercaya Jadi Tanda Hamil Bayi Laki Laki

9 Ciri Ciri Hamil Muda Ini Terjadi Pada Anda Yuk Cek

Tanda Tanda Kehamilan Pada Minggu Pertama Infomudah

Ibu Hamil Perlu Tahu Tanda Mengalami Air Ketuban Berlebihan

Kram Perut Tanda Hamil Atau Menstruasi Kumparan Com

37 Tanda Tanda Hamil Ciri Ciri Orang Hamil Dokter Sehat

Ciri Ciri Orang Hamil Dengan Tanda Menstruasi Hampir Serupa

12 Tanda Tanda Hamil Tahap Awal Ini Ciri Cirinya Honestdocs

Kenali Tanda Awal Kehamilan Yang Mungkin Gak Kamu Sadari

Mengenal Tanda Awal Kehamilan Dan Ciri Ciri Orang Hamil

Ini Tanda Tanda Kehamilan Usia 4 Minggu Yang Jarang

Ini Tanda Tanda Ibu Hamil Semua Halaman Nakita Id


Comments